Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh merupakan bandar Kedua terbesar dari segi pembangunan di Pahang selepas Kuantan. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik.
Antara-Antara Tempat Yang Menarik Di Temerloh Ialah:
1. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
![]() |
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan |
Tempat menarik di Temerloh yang mesti anda lawati adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang.
Pusat ini berperanan melindungi dan memberi rawatan kepada anak-anak gajah yang di tinggalkan kumpulan, gajah denak dan gajah liar yang di tangkap sebelum di lepaskan ke Taman Negara.
Disini anda boleh memerhati kehidupan gajah yang di lepas secara bebas dalam kawasan berpagar, menonton domentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru.
Waktu operasi:
Setiap hari (8 pagi hingga 4.30 petang)
Alamat / Lokasi:
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan Perhilitan,
Kuala Gandah,
28500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Jabatan Perhilitan,
Kuala Gandah,
28500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
2. Deerland Park
![]() |
Deerland Park |
Deerland Park merupakan tempat di mana anda
boleh melihat pelbagai spesies rusa tempatan dan luar Negara.
Bukan itu
saja, selain rusa disini juga terdapat binatang lain seperti pelanduk, landak,
memerang, burung unta, burung merak dan lain-lain.
Pengunjung
boleh berkunjung ke Deerland Nature di mana terdapat pelbagai jenis herba
semulajadi yang baik untuk kesihatan.
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari Jumaat (10.30 pagi hingga
5.30 petang)
Harga Tiket:
RM 5 (Dewasa)
RM 4 (Kanak-kanak bawah 12 tahun)
Alamat /
Lokasi:
Deerland Park
28500 Lanchang,
Pahang.
28500 Lanchang,
Pahang.
3. Pasar Sehari Temerloh
![]() |
Pasar Sehari Temerloh |
Boleh dikatan pasaran hari yang terpanjang
dan terbesar di negeri Pahang.
Lokasi pasar sehari ini adalah di pesisir jalan lurah Samatan berhampiran
sungai Pahang. Pelbagai barangan disini hasil pertanian dan produk tempatan
dijual.
Pengunjung
disini boleh membeli barangan keperluan sayur-sayuran ,, buah-buahan dan
pelbagai jenis makanan lainnya.
Waktu Operasi:
Setiap hari Ahad (Dari pukul 7.00 pagi)
Alamat /
Lokasi:
Pekan Sehari Temerloh
Jalan Lurah Semantan
Temerloh,
Pahang.
Jalan Lurah Semantan
Temerloh,
Pahang.
4. Taman Tema Air Kubang Gajah
![]() |
Taman Tema Air Kubang Gajah |
Taman Tema Air Kubang Gajah Kubang Gajah Temerloh Pahang merupakan kawasan
rekreasi bagi penduduk di kawasan sekitar Temerloh, Pahang. Ia merupakan
kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga,anak-anak
dan kawan2.
Kawasan ini agak strategik menyebabkan ramai pengunjung datang ke Taman Tema Air Kubang Gajah ini. Kawasannya juga berhampiran dengan bandar Temerloh
jadi mudah bagi pengunjung untuk datang beriadah sambil membeli-belah sekitar
mall berhampiran.
Selain itu juga,kawasan Taman Tema Air Kubang Gajah ini menjadi tumpuan
pengunjung kerana berhampiran dengan taman permainan dan berdekatan tasik yang
luas dan cantik. Di samping beriadah kita dapat juga menghirup udara segar di
tepian tasik.
Pengunjung juga tidak perlu gusar untuk solat kerana Taman Tema Air Kubang
Gajah ini berdekatan dengan Surau Bukit Angin dan Masjid Baru Temerloh.
Waktu Operasi:
Setiap Hari (9.00 pagi hingga 7.00 petang)
Harga Tiket:
RM
10 (Dewasa)
RM
8 (Kanak-kanak 2 hingga 12 tahun)
Percuma
(Kanak-kanak 1 tahun 11 bulan ke bawah)
RM
5 (Pemegang Kad OKU)
RM
5 (Warga emas 60 tahun ke atas)
Alamat:
Kubang Gajah Mini Waterpark,
Taman Awam Kubang Gajah,
Kampung Sungai Rabit,
28000 Temerloh,
Pahang
28000 Temerloh,
Pahang
![]() |
Pusat Pemulihan Seladang |
Jika anda
bercuti ke Temerloh, anda boleh berkunjung ke Pusat Pemulihan Hidupan Liar Rusa
dan Seladang yang terletak di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau.
Pusat
pemuliharaan yang di dirikan pada tahun 21976 ini telah Berjaya membiakan lebih
33 ekor selandang spersies Bos gaurus hubbacki adalah seladang yang terbesar di
Malaysia.
Pelawat
boleh melihat bagaimana seladang ini ditempatkan secara berkumpulan dikawasan
habitat semulajadi yang berpagar
Itulah
tempat menarik yang ada di Temerloh yang boleh anda kunjungi . Pelbagai
destinasi dan tempat yang ada di Temerloh.
Semoga boleh
menjadi rujukan bercuti keluarga atau orang tercita untuk menikmati percutian
bersama.
Alamat:
Felda
Jenderak Selatan,
Kuala Krau.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Khamis (9.00 pagi hingga
4.00 petang) Jumaat (9.00
pagi hingga 12.00 tengahari) Sabtu dan
Ahad (2.30 petang hingga 4.00 petang) termasuk cuti umum (9.30
pagi hingga 3.00 petang)
6. Gunung Senyum
Gunung Senyum |
Gunung Senyum yang
terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai
ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat
banyak flora atau
tumbuhan herba di gunung ini
yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui
kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan
pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang
Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak
Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses
pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah
jagaan PERHILITAN. Antara gua yang menjadi
pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua
Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau
Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua
Ular. Gua Kolam dipercayai
menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan
menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah
penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di
dalam gua itu.
Alamat:
Hutan Lipur Gunung Senyum,
Pejabat Hutan Daerah Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG INI.....
No comments:
Post a Comment